Friday, 9 May 2014

World Radio Challenge

MyUfm Kampus Terengganu telah menyertai satu program talkshow, World Radio Challenge (WRC) yang telah diadakan pada 06 Mei hingga 10 Mei 2014 di UiTM Dungun. Pada 09 Mei 2014, Institut Pemimpin Muda (IPM) telah dijemput untuk berbual bicara mengenai Transformasi Kepimpinan & Pencapaian IPM. Tetamu jemputan yang mewakili IPM sendiri terdiri daripada Muhammad Nur Azizul Hakim Abdul Razak dikenali sebagai atok selaku Timbalan Presiden IPM dan Mohamad Tarmizi Che Kahar selaku Ketua Jabatan Keusahawanan IPM. 

Program tersebut dijalankan pada jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam. Pelbagai soalan diajukan daripada dj2 radio kepada tetamu jemputan mengenai perihal IPM sendiri. Sementara itu, terdapat juga beberapa panggilan daripada mahasiswa2 sendiri yang kabur mengenai IPM. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Kiri: Muhammad Nur Azizul Hakim , Kanan: Mohamad Tarmizi

Timbalan Presiden sedang asyik menjawab persoalan daripada DJ

Giliran Ketua Jabatan Keusahawanan pula bercakap
sekitar kawasan konti myUfm

Gambar bersama dj di konti myUfm selepas acara selesai

Copyright©Hak cipta terpelihara Institut Pemimpin Muda (IPM) UiTM (Terengganu)